PAR lancar Kempen ‘SAY NO BULLY’

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Pertubuhan Pusat Aduan Rakyat Malaysia (PAR) hari ini melancarkan program  ‘Say No’ Gejala Displin/Buli.

Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) hari ini.

Noor Rashid berkata, tujuan program itu adalah usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), PAR, Kementerian Pendidikan Malaysia dan badan bukan kerajaan untuk membasmi kegiatan pelanggaran disiplin kerana disiplin adalah suata perkara yang amat penting.

“Kita tidak boleh melihat disiplin sebagai satu perkara yang mudah.

“Ia membina sahsiah manusia terutamanya pelajar-pelajar (oleh itu) jabatan pendidikan telah menghantar pelajar bersama guru-guru, guru-guru disiplinnya, ketua pengarah pendidikan pun ada dan ‘of course‘ PDRM daripada jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan juga NGO,” katanya pada satu sidang media selepas pelancaran program itu.

Jelas beliau, kerjasama itu untuk memastikan segala hal-hal berkaitan dengan disipilin pelajar dapat ditangani.

“Kita berkolabrasi untuk memastikan bahawa kita dapat menangani dan mengurus segala isu-isu berkaitan dengan disiplin.

“Saya memberi pengakuan disini bahawa ‘we will work together especially’ dengan sekolah, dengan guru-guru disiplin dengan wujudnya wakil pegawai perhubungan sekolah,” katanya.

Pada majlis sama, sebuah video clip bertajuk ‘Violent Crimes’ yang berunsurkan nasihat di mana terdapat adegan dan aski buli oleh pelajar tetapi ianya disusuli oleh nasihat dan teguran dari masyarakat tempatan supaya menghindari gejala tidak bermoral itu.

Sebelum ini, Presiden PAR Datuk A. Chandrakumanan berkata pertubuhan tersebut akan menubuhkan Pasukan Petugas Antibuli (ABTF) dalam usaha menangani kes buli dan displin di sekolah khususnya dalam kalangan pelajar kaum India.

ABTF ditubuhkan menerusi program ‘Say No’ Gejala Displin/Buli di Sekolah dan Kalangan Pelajar.

The Malaysian Times (TMT) merupakan ‘media online rasmi’ untuk kempen tersebut.

Leave a Comment

Close